Tuesday, June 21, 2011

Red Velvet Cupcake

Salam...
Kali ni saya ingin mencuba red velvet cupcake...glamour btul kek ni skrg...
1st try buat alhamdulillah...saya dan hubby suka sgt dgn kek ni...1st time buat pd hari ibu baru2 ni dan dibuat special utk my MIL.

Resepi ni diambil dari blog ni yer...sini
Diharap tuan rumah blog tersebut mengizinkan saya untuk menjemput resepi saudari ke rumah saya...:)

Ok, sblm saya melalut lbh byk...elok ler saya letak resepinya...


Bahan A - Untuk diayak bersama
250 gram tepung kek
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B - campur dan kacau sebati
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah (saya guna 2tsp shj)

Saya tak guna buttermilk sbb mls nk cari kt kdai. So blh la buat buttermilk sndiri dgn mencampurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C :
113 gram butter
300 gram gula kastor (saya kurangkan ke 250gm)
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D :
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Untuk resepi topping saya guna resepi ni:
2 buku cream cheese (suhu bilik) - lbh kurang 500gm
1/2 cup butter (suhu bilik)
1 tsp ekstrak vanilla / 2 tsp esen vanilla
2 cup gula icing, diayak (pon saya kurangkan sikit...maklum la..saya ni tak suka manis)

Cara-cara:
Pukul butter. Masukkan gula. Pukul sampai kembang.
Masuk telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
Masukkan bahan A dan B berselang-seli. Mulakan dengan tepung dan akhiri dgn tepung juga.
Dalam bekas kecil, masukkan bahan D. Tunggu berbuih dan bila berhenti bunyi berdesir, tuangkan ke dalam adunan dan kacau sebati.
Masukkan adunan dalam loyang dan bakar 165'c - 175'c selama 20-30minit.

Topping:
Pukul cream cheese hingga kembang. Masukkan gula dan esen vanilla.
Pukul lagi hingga sebati...dah siap untuk digunakan..

p/s: saya suka letak topping cream cheese ni byk2...sedap...wallah!!!

Monday, June 20, 2011

Kuih Belimbing

Kuih belimbing ni asalnya dari Terengganu kalo tak silap...dulu selalu la mkn...skrg bila dh pindah sini susah nak cari...
So, terima kasih kepada rakan sekampung saya aka sedara saya jugak, Pn Ruslina Hassan di atas resepi.
Cuba la kawan2 ek...senang je nak membuatnya...


Bahan-bahan:
1 cwn air
1 sb gula
1 sk esen vanilla
1 sb majerin
1 sk ovalette (optional...tp better letak utk bg lembut)
* bhn2 ni perlu didihkan
1 cwn gandum
1/2 sk baking powder
* bhn2 ni diayak....
1 biji telur
* kocokkan....

Cara-cara:
Didihkan bhn2 yg perlu dididih.... bila mendidih, tutup api
masukkan tepung & baking powder yg telah diayak tadi...kacau cepat2.
Masukkan telur yg telah dikocok...kacau cepat juga hingga sebati. Sejukkan.
Panaskan minyak dlm kuali.
Masukkan adunan dlm acuan semperit...tekan ke bawah lbh kurang 5 cm panjangnya...guntingkan ke dalam minyak panas tadi....
angkat & tabur gula...

Blueberry Cheese Tart

Blueberry dan Strawberry Cheese Tart untuk dibawa ke rumah adik ipar sebagai buah tangan...
Actually dah byk kali buat tart ni...dan mmg favourite pon..
Resepi ni daripada kelas membuat tart yang saya hadiri dulu...dan insyallah menepati selera semua...
Cuba la yer...:)


Sweet Shortcrust Pastry:
125gm butter
63gm gula icing (saya guna 60gm shj)
250gm tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
Pukul sekejap butter dan gula. Masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan tepung dan gaul menjadi doh.
Terapkan doh di dalam acuan tart dan bakar lbh kurang 10-15min, suhu 170-180'C (bergantung kepada oven masing2 jugak yer...)

Cheese Tart Filling:
250gm cream cheese
60gm gula icing
20gm butter
1 biji telur
Sedikit perahan lemon jika suka (saya tak letak sbb Philadelphia cheese dh ada rasa masam)

Cara-cara:
Pukul cheese, butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur dan pukul sebati.

Untuk Blueberry tart:
Masukkan blueberry filling dalam tart shell yang dibakar tadi.
Tuangkan adunan cream cheese.
Untuk membuat corak di atas tart, ambil sedikit adunan cream cheese dan letakkan pewarna yang diingini (boleh dipilih mengikut tema yg kita nak).
Bakar tart lbh kurang 10min atau sehingga masak.

Sup Campur

Salam...
Sup ni actually dah lama buat...disebabkan br nk start ber'blog', so baru upload la...heheh..
Resepi pon main tmbh sesuka hati...ikut mulut sendiri...
Resepinya seperti di bawah yer...


Bahan-bahan :
Daging+Ayam
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Sup Bunjut
Serbuk perencah sup
Serbuk kurma
Serbuk lada hitam (ditumbuk)
Cili api (optional...kalau suka lagi pedas)
Tomato
Kentang
Daun sup
Daun bawang
Carrot
Sedikit perahan limau jika suka masam

Cara-cara :
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
Setelah wangi, masukkan serbuk perencah sup, serbuk kurma dan serbuk lada hitam yang telah dijadikan pes. Tumis sekejap dan masukkan air.
Setelah air mendidih, masukkan sup bunjut, garam, gula dan secukup rasa. Masukkan daging dahulu dan setelah hampir empuk, masukkan ayam, kentang, dan carrot.
Last sekali, apabila ayam dan daging masak, masukkan tomato, cili api, daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan. Jika ingin rasa sedikit masam, boleh la masukkan perahan air limau nipis.
Selamat mencuba!

Salam perkenalan...

Salam...saya mulakan blog saya dgn ucapan Bismillah dan semoga pembukaan blog saya ni sentiasa mendapat keredhaan dari-Nya...InsyaAllah...
Tujuan saya membuka blog ni tak lain tak bukan sbb minat memasak kt rumah...(kat rumah je okay..)...so senang nnti nk refer resepi...kalo tak asik jenguk blog2 org lain je kes nk masak punya pasal...
Dan kepada penderma2 resepi kt blog tu jutaan terima kasih yer sbb share sume resepi kalian...insyallah akan dicuba satu persatu...winkkk!!!
So, same2 la kita menderma resepi kerana setiap ilmu yang dikongsi insyallah akan sentiasa dibukakan rezeki oleh Allah SWT.

Sekian.

p/s: Terima kasih juga diucapkan kepada en suami kerana byk memberi sokongan untuk memulakan blog ini...juga menemani isterinya ini pi kedai bli barang2 nk masak...juga sanggup menjadi bhn eksperimen utk masakan2 isterinya...love ya 4ever...:)